Assalammualaikum w.b.t
Ya Rabbi. rasanya dah berbulan tak update blog ye.
Allah. Sesungguhnya merindui nak menulis blog.
Semalam pergi event "Bagaimana Menyentuh Hati" (BAYU2013) by LangitIllahi.
Alhamdullilah. Sebab pergi program tu la aku nak menulis hari ni. LOL. Why not aku tulis apa yang aku dapat kat sana kan. Kita share. Bilamana kita dengar tajuk event pon dah rasa macam jiwang. heh. Tapi ini bukan sebarang jiwang yang korang fikirkan. Sentuh hati dari aspek bagaimana? Secara general, sentuh hati manusia untuk dekatkan diri kepada Allah. Allah. Allah.
Sentuhan hati kepada jalan Allah. Bagaimana nak ubah hati ni, nak twist hati yang dah lama rapuh ni supaya dekatkan diri kepada Allah. Yeah. jujur aku katakan, aku pergi bilamana hati aku ni sedikit rapuh. rapuh. ye rapuh macam biskut cap pingpong. Aku still mencari booster untuk hati ni supaya ligat untuk mendekatkan diri kepadaNya. Kita selalu dengar ayat "iman ini selalu turun naik". Macam tu la aku. iman turun naik. Bila dah turun tu, kena cepat cepat recharge. Jangan kasi bateri tu mati terus. gitu la perumpaannya.
I feel blessed sebab dikelilingi sahabat-sahabat yang sama-sama mahukan perubahan. Mereka inilah rakan yang bila kita hampir tergelincir nak masuk neraka, mereka datang hulurkan tangan untuk selamat kan kita. "Kawan sama-sama nak masuk syurga katanya". oh my...rasanya dah lain bebenor gaya penulisan aku kali ni. HAHA.
Ah, takpe. Still dalam proses pembelajaran. Dalam hidup ni, mesti ada terselit dalam hati "Aku perlu berubah jadi lebih baik". Mesti ada. Tapi kebanyakkan dari kita dan termasuk aku sekali yang suka menangguh-nangguh untuk jadi lebih baik. LOL.
Marilah kita menanam dalam diri kita supaya menjadi insan yang lebih baik! YEAH. semangat sikit.
credit to LangitIlahi |
Aku share apa yang aku dapat kat sana
Slot Fatimah Syarha
"Bila kita balik pada Allah SWT, apakah end product kita?"
----> Allah. terkesan. Jika kita mati, kita diklasifikasikan yang macam mana. Yang beriman kah? Ke syurga kah? Ke neraka kah? Apa yang kita buat di dunia ini? Kadang-kadang aku terfikir, apa yang kita buat ni semata nak penghargaan dari orang, tapi penghargaan di mata Allah tu tak pernah kita nak ambil kisah :"(
Allah
"Hati ini bertindak seperti TNB. Memberi cahaya kepada seluruh anggota"
----> dikaitkan hati kita macam tenaga nasional berhad pulak dah...HAHA. tapi secara logiknya, memang!
Hati gelap dengan hati yang terang benderang. Kan beza tu. Hati yang terang menuju ke jalan Allah.
Slot Ustaz Pahrol Md. Juoi
"Kita buat baik bukan sebab kita baik, tapi itulah usaha kita menjadi baik"
-----> Ya, benar. Kita berusaha untuk jadi lebih baik. Jangan pernah berhenti untuk berusaha jadi lebih baik. Pada aku, orang sekeliling main peranan. Macam aku banyak di influence kan oleh kawan-kawan. Dia tarik kita untuk jadi lebih baik tanpa sedar atau tak sedar. Ni ibarat menyentuh hati sanubari aku la ni. kehkehkeh.
-
-
-
-
eh. stop kat sini dulu. ada kerja menanti. next time kita share.
doakan supaya kita menjadi lebih baik dari semalam.
doakan. sentiasa mendoakan. doa dan terus berdoa. kerana hati ini terlalu rapuh.
:"(
JazakAllah Khayr everyone!
"May Allah reward you [in] goodness"