warkah buat pendampingku kelak

hai and assalammualaikum.
Baca dan hayati bait bait indah ini :)
cebisan dari blog auni


warkah buat pendampingku kelak

kepadamu yang memilihku kelak

aku tak sebijak Khadijah,
kerana aku ingin kamu tahu, aku sentiasa berbuat salah & begitu menyedihkan.
maka aku mohon padamu,
bijaklah menghadapiku,
janganlah marah padaku,
nasihat aku dengan hikmah,
kerana bagiku kamulah pemimpinku.

padamu yang menjadi nakhodaku kelak

ketahuilah aku tak sesabar Fatimah.
ada kalanya kau menemukan ku begitu marah, menangis.
bukan kerana ku membangkang padamu.
tetapi aku hanya wanita biasa,
aku juga perlu tempat menumpahkan beban di hatiku.
maka bersabarlah, yang aku perlukan pelukan dan belaianmu.
kerana bagiku, kau adalah titisan embun yang mampu memadam segala resahku.

padamu yang menjadi imamku kelak

ketahuilah aku tak secerdas Aisyah.
maka jangan pernah bosan mengajarku, membimbingku ke arahNya.
jangan pernah letih mengajarku.
jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.
bimbing tanganku ke JannahNya,
agar kamu dan aku tetap bersama didalamnya.

padamu yang menjadi kekasih dan teman dalam hidupku

seiring berjalannya waktu,
kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah,
kini putih dan menipis.
maka jangan pernah berpaling dariku.
kerana satu yang tidak berubah,
bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah,
iaitu rasa cintaku padamu.

bukannya kecantikkan, harta dan keturunan yang aku lihat pada dirimu.
mahupun kesempurnaan ilmu agama yang kukuh,
cukup bagiku kau berusaha mendalaminya,
membuat diri ini terasa sudah bersedia untuk dibimbing oleh dirimu,
sebagai isteri kepada dirimu,
lelaki yang bergelar suami.
:')



No comments:

Post a Comment