A moment to remember with Wardina Saffiyah & Oki


Hai and assalammualaikum wbt

i attended a great event yesterday. "A moment to remember with Wardina Saffiyah & Oki". Yeah i was there! front seat beb.we are all excited sebenarnya! hihi. Ramai yang kenal Wardina Saffiyah tapi orang tak kenal siapa Oki. yang diorang kenal Anna Alfathunnisa. Heroin "Ketika cinta bertasbih".ahah.btw,dua2 cantik sangat!



actually event ni menceritakan bagaimana penghijrahan mereka. 


part touching bila Oki bacakan sajak sambil menangis ;')

dan part paling merdu + sweet bila wardina dan anaknya bacakan surah An-Naziat (79)
surah ni ada 46 ayat.try korang baca terjemahan surah ni :)

Antaranya:
"Maka adapun orang yang melampaui batas dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sungguh, nerakalah tempat tinggalnya. Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsunya, maka sungguh, syurgalah tempat tinggalanya" 79: 37-41

Kongsi quotes yang menarik :
  • "Bila kita nak jadi baik, Allah akan hantar orang-orang yang baik" - Wardina
  • "Sentuhan Al-Quran membuatkan kita menjadi baik" - Hassan Al-Banna
  • "Wanita bijak adalah wanita yang sentiasa berfikir"- Wardina
  • "Iman manusia selalu naik turun" - Oki

Wanita bijak adalah wanita yang sentiasa berfikir. Banyak yang boleh kita jadikan contoh. Antaranya Aisyah, Khadijah, Fatimah, Syifa', Saffiya, Ummu Salamah etc.

Iman manusia selalu naik turun. haha. memang tak dinafikan lah! betul yang Oki cakap tu. kadang-kadang, bila time iman diparas level yang tinggi, semua benda nak buat baik. tapi bila iman dah level rendah sikit, haha.. solat pon cepat-cepat, baca Al-Quran pon cepat-cepat. Even berdoa after solat pon nak cepat-cepat!! haih~ shame2 @.@.

meh meh kita perbaiki diri :)

kagum dengan kedua-dua panel. kak wardina sentiasa mencari ilmu. sebab dia cakap ilmu tu penting.
"Untuk berjaya di dunia kita memerlukan ilmu, untuk berjaya di akhirat juga kita memerlukan ilmu.Untuk berjaya dunia akhirat kita amat memerlukan ilmu" - Kak Wardina

Oki plak sebaya dengan aku. Oki dah hasilkan dua buah buku. Oki juga sedang menjalani rutin harian di Institut Tahfidzul Qur'an untuk mempelajari dan menghafal Al-Quran.and the best thing, Oki jalankan aktiviti mengajar Al-Quran kepada penghuni wanita di Penjara Tangerang sejak Oktober 2011. bayangkan umur 23 tahun, Oki buat banyak benda yang bermanfaat. kita macam mana??




so, ini geng-geng yang pergi. We all came from different places.
Yana - UM
Agie - Kajang (still dalam practical mood. eheh)
yang baju merah tu aku la. hihi
phara & mek - UM
Fatin - Puncak Alam
An - my lovely roomate * ahah. geli plak tulis perkataan lovely ni untuk ko an ;p


hah. ini geng kuantan.
geng sepakat membawa berkat katanya!
kami ni geng sekolah menengah.
kawan till jannah <3
teruskan istiqamah rakan-rakan!!!*oh,aku pon :)




i'm a lucky person.
sebab apa?
sebab Allah bagi kawan-kawan yang baik :')
till then,Bye


No comments:

Post a Comment