Sentuh Hati Ini


Assalammualaikum w.b.t

Ya Rabbi. rasanya dah berbulan tak update blog ye.
Allah. Sesungguhnya merindui nak menulis blog.

Semalam pergi event "Bagaimana Menyentuh Hati" (BAYU2013) by LangitIllahi.
Alhamdullilah. Sebab pergi program tu la aku nak menulis hari ni. LOL. Why not aku tulis apa yang aku dapat kat sana kan. Kita share. Bilamana kita dengar tajuk event pon dah rasa macam jiwang. heh. Tapi ini bukan sebarang jiwang yang korang fikirkan. Sentuh hati dari aspek bagaimana? Secara general, sentuh hati manusia untuk dekatkan diri kepada Allah. Allah. Allah. 

Sentuhan hati kepada jalan Allah. Bagaimana nak ubah hati ni, nak twist hati yang dah lama rapuh ni supaya dekatkan diri kepada Allah. Yeah. jujur aku katakan, aku pergi bilamana hati aku ni sedikit rapuh. rapuh. ye rapuh macam biskut cap pingpong. Aku still mencari booster untuk hati ni supaya ligat untuk mendekatkan diri kepadaNya. Kita selalu dengar ayat "iman ini selalu turun naik". Macam tu la aku. iman turun naik. Bila dah turun tu, kena cepat cepat recharge. Jangan kasi bateri tu mati terus. gitu la perumpaannya.

I feel blessed sebab dikelilingi sahabat-sahabat yang sama-sama mahukan perubahan. Mereka inilah rakan yang bila kita hampir tergelincir nak masuk neraka, mereka datang hulurkan tangan untuk selamat kan kita. "Kawan sama-sama nak masuk syurga katanya". oh my...rasanya dah lain bebenor gaya penulisan aku kali ni. HAHA.

Ah, takpe. Still dalam proses pembelajaran. Dalam hidup ni, mesti ada terselit dalam hati "Aku perlu berubah jadi lebih baik". Mesti ada. Tapi kebanyakkan dari kita dan termasuk aku sekali yang suka menangguh-nangguh untuk jadi lebih baik. LOL. 

Marilah kita menanam dalam diri kita supaya menjadi insan yang lebih baik! YEAH. semangat sikit.

credit to LangitIlahi
Aku share apa yang aku dapat kat sana

Slot Fatimah Syarha

"Bila kita balik pada Allah SWT, apakah end product kita?"
----> Allah. terkesan. Jika kita mati, kita diklasifikasikan yang macam mana. Yang beriman kah? Ke syurga kah? Ke neraka kah? Apa yang kita buat di dunia ini? Kadang-kadang aku terfikir, apa yang kita buat ni semata nak penghargaan dari orang, tapi penghargaan di mata Allah tu tak pernah kita nak ambil kisah :"(

Allah

"Hati ini bertindak seperti TNB. Memberi cahaya kepada seluruh anggota"
----> dikaitkan hati kita macam tenaga nasional berhad pulak dah...HAHA. tapi secara logiknya, memang!
Hati gelap dengan hati yang terang benderang. Kan beza tu. Hati yang terang menuju ke jalan Allah.  

Slot Ustaz Pahrol Md. Juoi

"Kita buat baik bukan sebab kita baik, tapi itulah usaha kita menjadi baik"
-----> Ya, benar. Kita berusaha untuk jadi lebih baik. Jangan pernah berhenti untuk berusaha jadi lebih baik. Pada aku, orang sekeliling main peranan. Macam aku banyak di influence kan oleh kawan-kawan. Dia tarik kita untuk jadi lebih baik tanpa sedar atau tak sedar. Ni ibarat menyentuh hati sanubari aku la ni. kehkehkeh.

-
-
-
-

 eh. stop kat sini dulu. ada kerja menanti. next time kita share.

doakan supaya kita menjadi lebih baik dari semalam. 
doakan. sentiasa mendoakan. doa dan terus berdoa. kerana hati ini terlalu rapuh.
:"(

JazakAllah Khayr everyone!
"May Allah reward you [in] goodness"





Quote


aku rasa aku perlu wujudkan akaun tumblr la. hee.
so, ini quote untuk hari jumaat.


jumaat kan?
dah baca surah al-kahfi?
if belum, mari baca. 
:)



Wordless Wednesday


member terdekat akan faham perangai aku
aku akan senyap bila aku lapar

"cet, senyap je... taw dah. mesti ko lapar kan?"
*senyum simpul-simpul*

food ni satu terapi.
boleh buat orang bahagia lepas kenyang.


it's friday !


ohoi.jom kaum kerabat semua.
baca surah al-kahfi.

special taw baca surah al-kahfi ni.
antaranya:
Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an:
"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

okay.jumaat minggu depan kite cerita special yang lain pula.
Happy friday everyone!

=)

Musafir

Mount Bromo, Surabaya, Indonesia

Bermusafirlah. Bumi Allah itu luas. 
Ilmu-Nya juga luas. Belajarlah dengan bermusafir. 
Ramai yang terlupa, alam itu sendiri guru yang hebat dalam mengajarkan ilmu-Nya.

- Contengan Jalanan - K2 -
HLOVATE


Wordless Wednesday


Surabaya - Part 3






Hai and Assalammualaikum

So, this is the last part aku bercerita pasal Surabaya. Actually, entry Surabaya ni more pada Mount Bromo. Memang kami fokuskan untuk ke sana saja dan seterusnya ke Sunan Ampel. Maklumlah, waktu tersangatlah terhad. But then, we had so much fun there!





 Pic di atas tu bersama supir kami. A big thanks to him sebab melayan karenah anak-anak dara ni. Tolong amik pic untuk kami, tolong cari port yang menarik untuk amik gambar. Perkhidmatannya terbaik. Actually dia tak perlu pon jadi tourist guide kami, sebab upahnya hanya jadi pemandu, tapi he willing to do that. =D.
Pic belah kanan tu kami amik di homestay kami. Dah siap2 checkout untuk balik. Pic Agie yang tengah buat peace tu time ktaorang kelaparan di Sunan Ampel. Pegi makan bakso di tepi jalan macam sinetron tuu...hihi


So, kami tiba di Juanda Airport dalam pukul 11 malam dan flight kami pada pukul 5 pagi waktu Indonesia. So, kami gigih untuk tidur sahaja disitu. Don't worry, kat sana ada tempat untuk kita tidur. We called it *napping area*. tapi campur laki perempuan. Jangan risau tempatnya open dan luas.  Cari lah port yang selesa. Di sebabkan kami tak cukup tidur, boleh tahan lena juga tidur kat situ. Dah terjaga, kami minum kopi and makan maggi di Circle-K. Circle-K ni ibarat macam 7-eleven di Malaysia. 

So, bila dah tiba pukul 5 pagi, kami terpaksa ucapkan selamat tinggal di Surabaya. Rasa sedih juga mahu tinggalkan Surabaya tapi kami rindukan Malaysia. heee. Mount Bromo memberikan aku sejuta rasa. Sukar nak explain. Sekiranya anda sudah sampai ke Mount Bromo, anda akan mengucapkan rasa syukur. Why? Sebab betapa indahnya alam ciptaan Tuhan ini. :') 


Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.

Surah An-nur : ayat 48

 Terima Kasih Ya Allah,
Atas segala nikmat yang Engkau berikan kepada kami.

We'll miss this place so much
:')


Costing (Hari Ketiga)
Makan : Rp20,000 = RM6
Cukai airport : Rp 150,000 = RM46
Total = RM52


Keseluruhan
Day (1+2+3) + tiket flight pergi balik
= (RM277.70 + RM92.20 + RM52) + (RM200)
= RM317.90 + RM200
= RM517.90

^.^