Hai and Assalammualaikum.
So, kita sambung entry sebelum ni. Banyak sangat pic sebab view Bromo tersangatlah cantik. Tak henti-henti dalam perjalanan kami mengucapkan rasa syukur sebab berkesempatan untuk datang ke sini. Betapa indahnya ciptaan Tuhan. :)
13 April 2013
3.00 am : Wake up early morning. Naik jeep ke Mount bromo
yup. kami bangun pukul 3 pagi. Juned dah ketuk bilik homestay kami dan kami siap cepat-cepat. Nak mandi? ergh. Sejuk. Kami pakai baju 3 lapis taw. oh yeah, sewa jeep ni sekali dengan pakej ke Bromo.
Bila kami bangun, banyak sangat jeep kat luar. Semua nak tengok sunrise kat Bromo. Mungkin beratus-ratus jeep comel yang beratur. Selain pertanian, sumber pendapatan mereka juga pelancongan. Sampaikan dekat sana ada sekolah untuk melatih budak-budak jadi tourist guide. Awesome kan?
5.00 am : Gunung Batok, Solat dan breakfast di puncak Bromo
Jeep akan melalui Gunung Batok. Tapi kami tak amik gambar sebab keadaan sangat gelap dan kabus banyak sangat.
Kami berjalan kaki untuk tengok sunrise. Before sunrise muncul, kami breakfast dulu di warung2 untuk mengopi. *minum kopi*. Kat sana memang takda surau. So kami dah prepare amik air semayang siap-siap. Solat la di mana-mana. Untuk makluman, kat sana agama Hindu. So, kelihatan pelik bagi mereka bila kami solat cenggitu. hehe. Apadehal.
Sunrise tak berapa nak nampak sebab keadaannya yang sangat berkabus. Eloknya kalau nak pergi Bromo pada bulan 6. Sementara nak tunggu matahari keluar, kami pergi cari makanan. toksah bimbang. banyak makanan kat sini. Ada goreng pisang, jagung bakar, kentang etc. Semuanya hasil tanaman diorang kat sana. Kentang Rp 3000 je. murah!
Juned bawa kami ke tempat yang lagi best if nak capture gambar. Banyak sangat port2 menarik untuk amik gambar. Bagi yang memang minat amik gambar, aku rasa inilah tempatnya. Cantik sesangat.
Sekali lagi kami naik jeep untuk lihat kawah gunung berapi. Suasana macam kat tibet. Banyak jeep2 comel, kuda-kuda, warung2 cute etc. Macam satu suasana yang lain. Lebih tepat, sangat peaceful la! Memandangkan aku buat research pasal tanah, aku amatlah teruja melihat tanah2 disitu. No wonder tanaman diorang menjadi sebab ada tanah yang subur!
Untuk ke kawah gunung berapi, anda diberi dua pilihan. Sama ada nak berjalan kaki atau naik kuda. Nak tengok kawah, jauhnya 2 kilometer. hah, memang sah2 la kami naik kuda. Sebab nak jimat masa nak pergi shopping petang karang. haha. Naik kuda dalam Rp 100,000++ (RM30). Lepas naik kuda, kami kena naik tangga pula.
Kawah gunung berapi. scary juga duduk tepi-tepi ni |
Ni la tangganya |
Untuk ke Savana place ni, tak termasuk sekali dalam pakej kami. So, kami kena bayar extra kat supir jeep tu. 1 jeep kena sewa Rp200,000 (RM60). So, kami tong-tong, sorang dalam RM30. Berbaloi dapat pergi kat sana.
Ini la Savana. Ada yang panggil Gunung teletubbies. Secara logik, memang nampak macam tu. Subhanallah. Memang cantik!
8.30 am: Pasir berbisik
Ini pengalaman yang paling indah. Di pasir berbisik ni, kita dapat pegang awan. Tempatnya sangat sunyi dan lapang. Yang ada hanyalah awan-awan yang bergerak pantas. Kata si juned, kita tak boleh lama-lama di sini. Nanti bila awan datang banyak, kita boleh sesat dalam awan. huhu.
Lihat. nampak awan kan? |
9.00 am: Homestay. Mandi & checkout
10.00 am: Breakfast & menuju ke Bandar Surabaya
3.00 pm : Bandar Surabaya. Terus ke Sunan ampel
10.00 am: Breakfast & menuju ke Bandar Surabaya
3.00 pm : Bandar Surabaya. Terus ke Sunan ampel
Kami tiba di Sunan ampel. Kat sini banyak baju-baju muslimah, jubah, ketayap, etc. Murah-murah. Jubah dalam RM30. Abaya RM50. Tudung pon banyak. Tapi tempatnya bukanlah seperti di Bandung yang terkenal dengan syurga membeli belah. Pada aku, quite ok la harganya.
Kami lapar. Akhirnya kami makan di warung tepi jalan. Bak kata member aku "Rasa macam dalam sinetron. Makan bakso cinta!"...haha. Bakso + Air : Rp12, 000 (RM1.20). murah-murah.
10.00 pm: Juanda airport. Hanya tidur disini sahaja sampai flight tiba
Memandangkan kami sangat rushing. Itu je la aktiviti yang kami sempat buat. Flight pukul 5 pagi. So, kami belasah tidur dekat airport je. Jimat duit hotel. Lagipon airport nampak selamat. So,kami berani nak tidur kat sini. Lena bukan main sebab tak cukup tidur gila-gila.
Costing (Hari kedua)
Breakfast di puncak : Rp13,200 (RM4)
Naik kuda : Rp100,000-150,000 (RM45)
Savanna place : Rp 200,000 (RM60)/jeep, RM30/pax
Breakfast pukul 10 am : free. termasuk pakej
Shopping : secukup rasa
Makan di Sunan ampel : Rp 12,000 (RM1.20)
Teksi ke Juanda Airport : Rp150,000 (RM45)/teksi, RM12/pax
TOTAL: RM92.20
ok. tu je la. jumpa next entry nanti. Assalammualaikum :)
No comments:
Post a Comment